Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris. Foto: Pusat Khidmat DUN Simunjan

DUN: Simunjan perlukan pembangunan serius, keselamatan rakyat terancam

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 24 Nov: Pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simunjan memerlukan perhatian khusus terutama projek menahan hakisan di Tebingan Pekan Simunjan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris berkata projek berkenaan kini telah mengancam keselamatan penduduk Simunjan itu sendiri.

“Projek menahan hakisan di Tebingan Pekan Simunjan sehingga kini belum ada khabar berita, sehingga kami terpaksa menggunakan tapak yang sama selepas hakisan beberapa tahun lepas sebagai tapak Regatta Pesta Simunjan tahun ini tadi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 pada Persidangan DUN Sarawak di sini hari ini.

Selain itu katanya, masalah sama membelenggu penduduk Kampung Sageng di mana terdapat beberapa buah rumah hanya menunggu masa untuk jatuh ke sungai, namun masih belum dipindahkan manakala sebuah lagi kampung iaitu Kampung Lintang sudah tinggal kenangan.

Isu ini katanya, menjadi perbualan masyarakat setempat di platform media sosial.

“Justeru saya merayu kepada kementerian dan agensi yang terlibat supaya memandang serius isu ini dan dapat mempercepatkan kerja pelaksanaan kesemua projek berkenaan agar warga Simunjan turut merasai pembangunan, sekali gus akan menggerakkan pertumbuhan ekonomi ke arah positif,” jelasnya.

Pejabat Pertanian Daerah Simunjan juga katanya, memerlukan peruntukan untuk membina pejabat baharu, memandangkan keadaan pejabat itu kini agak uzur dan memerlukan bangunan baharu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan