Search
Close this search box.
Sarawak mencatatkan tahun yang cemerlang bagi industri acara perniagaan apabila berjaya meraih 95 acara kebangsaan dan antarabangsa pada 2023, dengan impak ekonomi dianggarkan sebanyak RM346.5 juta, iaitu 139 peratus melebihi sasaran yang ditetapkan oleh Business Events Sarawak (BE Sarawak). Foto, Bernama.

DUN: Perpaduan dalam kepelbagaian kunci utama kestabilan politik Sarawak

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 24 Nov: Perpaduan dalam kepelbagaian merupakan kunci utama kestabilan politik Sarawak, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus.

Katanya, ia menjadi senjata utama dalam usaha merancakkan perpaduan dan kestabilan pentadbiran secara amnya, untuk terus bergerak ke hadapan berbanding wilayah-wilayah lain di negara ini.

“Kestabilan ini memudahkan pihak pentadbiran dan pembuat dasar menggubal undang-undang serta polisi-polisi untuk meneruskan agenda pembangunan dan ekonomi untuk kesejahteraan rakyat, selaras dengan hala tuju Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 untuk menjadi wilayah yang maju,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Katanya, perkara itu secara tidak langsung menampakkan hasil usaha kerajaan negeri yang berusaha untuk memastikan wilayah ini dijaga dengan baik.

“Sarawak merupakan satu-satunya wilayah di negara ini yang paling stabil dari segi politik dan kerajaan dengan rakyat yang berbilang kaum dan perkara ini telah terbukti melalui Kembara Kenali Borneo oleh Yang di-Pertuan Agong serta ahli keluarga baginda pada September lalu,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan