Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying. Foto: Jabatan Penerangan Malaysia

Parlimen: KPM komited kurangkan beban guru di sekolah

ByLuqman Muhammad

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bergiat proaktif dalam mencari penyelesaian terbaik untuk menjamin kesejahteraan guru termasuk usaha mengurangkan beban tugas di sekolah, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying pada sidang Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Hui Ying berkata inisiatif berkenaan sebagai usaha kerajaan menjamin kesejahteraan guru agar kekal berkualiti dan bermotivasi dalam melaksanakan profesion keguruan sepanjang perkhidmatan.

“KPM telah menyemak semula tugas dan tanggungjawab guru dengan melaksanakan penambahbaikan ke atas fungsi pengurusan di sekolah melalui pewujudan Modul Tadbir Urus Sekolah (MySG) yang diperkenalkan pada tahun 2021.

“MySG menjelaskan dengan lebih terperinci empat komponen pengurusan sekolah, iaitu Pengurusan dan Pentadbiran, Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum,” katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Ahmad Marzuk Shaary pada sidang Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Hui Ying berkata, KPM turut mengadakan perbincangan berterusan dengan pihak berkepentingan termasuk Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK), Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) dan Majlis Guru Besar (MGB) bagi mendapatkan maklum balas untuk menentukan perancangan KPM dalam mengatasi isu beban tugas guru.

“KPM juga menyediakan latihan dalam meningkatkan kesejahteraan psikologi guru yang memberikan kemahiran pengurusan emosi, kawalan diri dan amalan harian yang positif berdasarkan tahap kesejahteraan psikologi yang dinilai melalui Inventori Kesejahteraan Psikologi (IKPsi)”. ujarnya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan