Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dewan Rakyat dimaklumkan 50 peratus rakyat Malaysia menghidap sekurang-kurangnya satu penyakit tidak berjangkit (NCD).

Parlimen: 50 peratus penduduk Malaysia menghidap satu penyakit tidak berjangkit

ByLuqman Muhammad

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Sebanyak 50 peratus penduduk Malaysia dikesan menghidap sekurang-kurangnya satu penyakit tidak berjangkit (NCD) berdasarkan kajian National Health and Morbidity Survey 2019.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, ini termasuklah penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan juga kolesterol yang tinggi.

“Prevalens kencing manis di Malaysia merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara di mana negara mencatatkan peningkatan ketara daripada 11.2 peratus pada 2011 kepada 18.3 peratus pada 2019,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (DAP – Bandar Kuching) pada sidang Parlimen, hari ini.

Dalam pada itu Dr. Zaliha berkata, jumlah perbelanjaan langsung penjagaan kesihatan bagi menangani penyakit tidak berjangkit adalah sebanyak RM 9.65 bilion merangkumi 16.8 peratus daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan kesihatan di Malaysia.

Terdahulu Dr. Kelvin Yii meminta Menteri Kesihatan menyatakan jumlah yang dibelanjakan oleh kerajaan untuk menangani penyakit NCD terutamanya diabetes dan perancangan untuk menangani prevalens NCD yang tinggi di Malaysia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan