Search
Close this search box.
Seramai 13,000 peserta golongan B40 dan belia menerima manfaat Program MyLesen yang diperkenalkan oleh Kementerian Pengangkutan. Foto hiasan, Envato.

Parlimen: 13,000 peserta B40 terima manfaat Program MyLesen tahun ini

ByLuqman Muhammad

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Seramai 13,000 peserta golongan B40 dan belia menerima manfaat Program MyLesen yang diperkenalkan oleh Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, kerajaan telah memperuntukkan RM4.7 juta untuk melaksanakan program berkenaan.

Jelas beliau, MyLesen memberi peluang kepada kumpulan sasar untuk mendapatkan lesen secara percuma dan seterusnya membuka peluang pekerjaan kepada mereka di sektor ekonomi gig, pengangkutan awam dan pelancongan.

“Sehingga 19 November 2023, jumlah peserta yang telah berdaftar ke institut memandu bagi mendapatkan lesen ialah sebanyak 9,994 orang.

“Program ini juga bertujuan untuk menjadi pemangkin kepada golongan B40 khususnya ketua isi rumah untuk menjana pendapatan melalui manfaat lesen yang diperolehi daripada inisiatif ini, di samping memberi kesedaran mengenai peraturan dan aspek keselamatan jalan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Mohd Hasnizan Harun (Perikatan Nasional – Hulu Selangor) pada sidang Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Anthony turut memaklumkan, individu yang berminat perlu menjalani program itu selama tiga hingga lima bulan dengan kerjasama institut memandu (IM) di seluruh Malaysia bagi tujuan latihan, kelas dan ujian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan