Search
Close this search box.
Ekonomi Malaysia dijangka meraih manfaat daripada eksport semikonduktor. Foto Envato.

Malaysia sedia tarik lebih banyak FDI dalam industri semikonduktor

ByBernama

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Malaysia mempunyai kelebihan dalam menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) dalam rantaian bekalan semikonduktor, menurut Eastspring Investments.

Menurut firma pengurusan pelaburan itu, bahagian FDI global yang semakin meningkat di rantau ini menunjukkan negara-negara anggota mendapat manfaat daripada peralihan rantaian bekalan semikonduktor.

“Menentukur semula struktur rantaian bekalan global dari China dan ke arah pasaran lain sedang berlaku. Mereka yang menerima manfaat daripada langkah ini meliputi Amerika Latin, Eropah, Timur Tengah dan Afrika (EMEA), ASEAN dan India.

“Negara-negara ini mempunyai kos buruh yang murah, asas pembuatan yang baik dan merupakan pengeluar komoditi yang penting,” menurut Eastspring Investments dalam prospek pasarannya untuk 2024 yang dikeluarkan hari ini.

Menurut laporan itu, jumlah penduduk yang berkembang pesat dan pengguna berpendapatan sederhana yang meningkat menambah tarikan ASEAN.

Dalam kenyataan baru-baru ini, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata Malaysia menyumbang tujuh peratus daripada perdagangan semikonduktor global dan 13 peratus daripada pengujian dan pembungkusan cip global.

Eastspring Investments turut menjangka ekonomi pasaran sedang pesat membangun utama akan terus menyaksikan pertumbuhan pada tahun baharu.

Di peringkat global, pertumbuhan dijangka perlahan menjelang 2024 dengan risiko kemelesetan lebih tinggi dalam tempoh enam hingga 12 bulan akan datang, berikutan kesan kumulatif daripada dasar yang terhad telah bermula.

“Sebarang kemelesetan dijangka tertumpu di pasaran maju,” katanya. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan