Search
Close this search box.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah menumpaskan cubaan menyeludup dadah jenis syabu seberat 10.5 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM347,000 di Kota Kuala Muda, Rabu lepas. Gambar hiasan Envato

DUN: Tubuh OSC MIDS, JKPD di Simunjan, bendung jenayah dadah

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 23 Nov: Kerajaan Sarawak memperkenalkan beberapa inisiatif sebagai usaha membendung jenayah penyalahgunaan dadah dan substan di kawasan luar bandar termasuk Simunjan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata antaranya penubuhan tadbir urus One Stop Committee bagi menangani isu dadah dan substan (OSC MIDS) peringkat negeri dan daerah di Sarawak untuk melaksanakan pelan tindakan MIDS secara bersepadu merangkumi penyekatan penawaran dan permintaan dadah, rawatan dan pemulihan, pencegahan dan pemantapan tadbir urus MIDS dengan penubuhan Biro MIDS Kawasan Penghulu.

“Seterusnya memperluaskan akses kepada rawatan dan pemulihan dengan penubuhan One Stop Centre for Addiction (OSCA) di klinik-klinik kesihatan di Sarawak yang mempunyai pakar perubatan keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Tambah beliau, Community Development and Intervention Centre (CDIC) juga telah ditubuhkan dengan kerjasama OSC MIDS Daerah untuk membantu individu dan keluarga yang terjebak dengan dadah dan substan di daerah Bau dan Dalat di bahagian Mukah.

Selain itu, menurut Mohammad Razi, Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah (JKPD) juga ditubuhkan bagi melancarkan usaha ke arah matlamat menangani masalah tersebut.

Sementara itu, bagi daerah Simunjan katanya, antara langkah yang telah diambil bagi menangani masalah tersebut adalah dengan menempatkan anggota narkotik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Simunjan, menubuhkan JKPD Simunjan dan menempatkan OSCA di Klinik Kesihatan Asajaya yang merupakan pusat khidmat kesihatan yang terdekat dengan daerah Simunjan.

Menjawab soalan tambahan Awla, Razi berkata setakat Oktober tahun ini, seramai 27 Orang Kena Pengawasan (OKP) di bawah seliaan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sarawak.

Sepanjang tahun 2019 hingga 2022, sebanyak 237 tangkapan di Simunjan direkodkan PDRM dan AADK Sarawak atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952.

Bagi tempoh Januari hingga 30 September 2023, sebanyak 43 tangkapan telah direkodkan di Simunjan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan