Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dr Ripin Lamat. Foto: TVS

DUN: Premis terhad, kadar sewa tinggi antara keluhan usahawan belia

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 23 Nov: Bilangan premis yang terhad selain kadar sewa tinggi antara keluhan yang diperoleh dalam kalangan segelintir usahawan belia menerusi kaji selidik beberapa program keushawanan di negeri ini.

Prihatin terhadap isu sedemikian, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Dr Ripin Lamat berkata pihaknya telah tampil untuk menyelesaikan permasalahan berkenaan.

“Kalau dari segi kesediaan premis dan kadar sewa yang tinggi, kita telah berhubung dengan agensi berkaitan seperti Majlis Daerah dan juga agensi-agensi yang menyediakan ruang niaga untuk melihat daripada kadar sewa dan juga lokaliti premis perniagaan yang disediakan supaya ia berada di lokasi yang strategik serta boleh membantu para usahawan meningkatkan jualan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Mengulas mengenai prosedur dan dokumentasi rumit yang diperlukan untuk tujuan pelesenan, Ripin berkata kementeriannya telah mengkaji perkara tersebut dan telah mengadakan satu sesi meja bulat dengan agensi-agensi berkaitan.

Jelasnya, kementeriannya akan mencadangkan supaya prosedur tersebut dapat dipermudahkan.

Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) juga katanya telah menganjurkan satu program untuk mewujudkan lebih banyak bantuan keusahawanan yang akan diberikan terutamanya kepada golongan belia yang bermatlamat untuk menjadikan para belia sebagai individu yang menyediakan peluang pekerjaan (job creators) dan bukannya individu yang mencari pekerjaan (job seekers).

Untuk rekod, Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) yang dilaksanakan pada 2014, berjaya melahirkan 728 usahawan belia di Sarawak yang mana 95 peratus daripada jumlah tersebut telah mendaftarkan perniagaan dan mendapat penyaluran geran bernilai RM10.12 juta.

Bagi perniagaan yang dijalankan oleh usahawan belia di Sarawak ini juga, sejumlah 1,439 bilangan pekerjaan diwujudkan dan mencatatkan nilai jualan terkumpul berjumlah RM9.6 juta. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan