Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri Tebedu, Simon Sinang Bada berharap elaun Ketua Masyarakat, Ketua Kaum dan Ahli Majlis di kaji semula. Foto: Facebook TVS TV.

DUN: Kaji semula elaun Ketua Masyarakat, Ketua Kaum dan Ahli Majlis

KUCHING, 24 Nov: Kementerian Kewangan diminta agar mempertimbangkan untuk mengkaji semula elaun Ketua Masyarakat, Ketua Kaum dan Ahli Majlis sedia ada.

Perkara itu menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Simon Sinang Bada sebagai imbuhan agar mereka ini komited melaksanakan tugasan masing-masing.

Simon menegaskan peranan Ketua Masyarakat Dan Ahli Majlis (Councillors) amat penting serta tanggungjawab mereka tidak dapat disangkal lagi dalam masyarakat.

“Sekarang elaun Ketua Masyarakat adalah RM 1,300.00, Ketua Kampung RM 900 manakala elaun Ahli Majlis adalah RM 300 sebulan.

“Mengikut definasi paras kemiskinan Kebangsaan, sesiapa yang berpendapatan di antara Rm980 sehingga RM2,208 adalah tergolong di dalam kumpulan B40 dan boleh jatuh ke dalam kumpulan miskin tegar,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Tegas Simon, imbuhan yang diberikan ketika ini menurutnya tidak setimpal dengan tugas dan tanggungjawab serta peranan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum.

“Saya percaya Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg adalah pemimpin yang prihatin dan penyayang.  (Belanjawan Sarawak 2024) banyak insentif dan bantuan kepada setiap lapisan masyarakat.

“Oleh yang demikian, saya merayu kepada Menteri Kewangan untuk mempertimbangkan dan mengkaji semula elaun Ketua Masyarakat, Ketua Kaum dan Ahli Majlis,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan