Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Konsert kumpulan Coldplay dari British di Bukit Jalil malam ini, adalah sebahagian daripada siri jelajah Music of the Spheres World Tour. Foto: Fakhrul Faiz (TVS)

‘Suis pemati’ akan digunakan dalam konsert Coldplay malam ini – Fahmi

ByBernama

KUALA LUMPUR, 22 Nov: Suis pemati (kill switch) akan digunakan semasa konsert kumpulan Coldplay yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini malam ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata perkara itu telah dibincangkan bersama Agensi Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) serta penganjur konsert itu.

Konsert Coldplay: Anwar Ibrahim akan rujuk Mufti

“Perbincangan dengan PUSPAL dan penganjur adalah positif. Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) juga berkata bahawa kumpulan itu sangat menyokong Palestin.

“Kami positif dengan penganjuran konsert itu hari ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sidang Kemuncak CxO Pemimpin Transformasi Digital: Transformasi Digital Pintar dalam Era 5G, di sini hari ini.

Suis pemati berfungsi untuk menghentikan secara tiba-tiba sesuatu penganjuran konsert yang melanggar garis panduan ditetapkan.

Dalam pada itu, Fahmi turut menasihatkan orang ramai agar menggunakan pengangkutan awam yang akan beroperasi sehingga lewat malam ini bagi memudahkan pergerakan lalu lintas.

Sebelum ini, beberapa pihak menggesa konsert itu dibatalkan bagi menghormati situasi semasa di Gaza, Palestin selain bimbang insiden tidak senonoh yang dilakukan kumpulan pop rock, dikenali sebagai The 1975 pada Julai lalu, mungkin berulang.

Konsert kumpulan Coldplay dari British di Bukit Jalil malam ini, adalah sebahagian daripada siri jelajah Music of the Spheres World Tour. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan