Search
Close this search box.
Abang Johari hadir pada Majlis Makan Malam sempena Persidangan Persekutuan Pertubuhan Kejuruteraan ASEAN Ke-41 (CAFEO-41) di Bali, semalam. Foto, UKAS.

Pemilik rumah dibenarkan memasang panel solar 50 KW – Abang Johari

ByJennisey Mike

BALI, 22 Nov: Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata, pemilik rumah dibenarkan memasang panel solar 50 kilowat (KW) susulan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Elektrik (Pindaan) 2023 yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak semalam.

Beliau yang juga Premier Sarawak berkata, lebihan elektrik yang dijana daripada panel solar itu juga boleh dijual tanpa perlu mendapatkan lesen.

DUN: Rang Undang-Undang Elektrik (Pindaan) 2023 diluluskan

Jelas ini, ini seterusnya akan menjana pendapatan kepada pemilik rumah.

“Ini akan menjadi sumber tambahan tenaga bersih bagi menyokong sumber-sumber tenaga diperbaharui terutama kuasa hidro,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam sempena Persidangan Persekutuan Pertubuhan Kejuruteraan ASEAN Ke-41  (CAFEO-41) di sini semalam.

Semalam, RUU Elektrik (Pindaan) 2023 diluluskan di sidang DUN Sarawak bertujuan untuk memajukan dasar-dasar Kerajaan Sarawak mengenai peralihan tenaga kepada tenaga boleh diperbaharui bersih.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, pindaan itu sekali gus meningkatkan, mengukuh dan menambah baik peruntukan dalam Ordinan sedia ada. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan