Search
Close this search box.
Lelaki yang dikehendaki polis kerana disyaki terlibat dalam kes pemerdagangan manusia berjaya diberkas semalam. Foto, IPD Lubok Antu.

Lelaki disyaki terlibat kes pemerdagangan manusia di Lubok Antu diberkas

LUBOK ANTU, 22 Nov: Seorang lelaki yang diburu kerana disyaki terlibat dalam kes pemerdagangan manusia berjaya ditahan semalam.

Ketua Polis Daerah Lubok Antu, Deputi Superintendan (DSP) Victor Ripon berkata, sebelum ini pihaknya telah mengedarkan foto suspek yang dikenali sebagai Jeffery Tarang dengan alamat terakhir di Rumah Mundau Rakut.

Katanya, lelaki itu dikehendaki bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti-penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 Kanun Keseksaan.

“Suspek berjaya diberkas pada 8.30 malam Selasa setelah dipercayai bersembunyi di Batu Kawa dan Lubok Antu.

“Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak untuk siasatan lanjut,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Terdahulu, tiga lelaki tempatan yang disyaki sebagai tekong darat yang mengatur kemasukan secara tidak sah tiga migran Indonesia ke negara ini melalui jalan yang tidak diwartakan di Lubok Antu telah ditahan pada 19 Oktober lalu.

Manakala seorang lagi suspek telah melarikan diri ke Kuching. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan