Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis menerima satu lagi laporan berhubung ancaman bom ke atas sebuah sekolah antarabangsa di negeri ini hari ini membabitkan sebuah sekolah di Batu Ferringhi di sini.Foto hiasan, Envato.

Lagi laporan ancaman bom di sekolah antarabangsa

GEORGE TOWN, 22 Nov: Polis menerima satu lagi laporan berhubung ancaman bom ke atas sebuah sekolah antarabangsa di negeri ini hari ini membabitkan sebuah sekolah di Batu Ferringhi di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V. Saravanan berkata, pihaknya menerima laporan daripada sekolah ketiga itu pada pukul 9.22 pagi yang mendakwa menerima ancaman itu menerusi e-mel.

Dua sekolah antarabangsa terima ancaman bom di Pulau Pinang

“Pengadu mendakwa menerima e-mel pada puku 9.42 pagi semalam daripada individu tidak dikenali menggunakan alamat tasktstorrer@beeble.com.

“E-mel itu menyatakan terdapat bahan letupan ditanam di kawasan sekolah,” katanya kepada pemberita hari ini.

Media semalam melaporkan dua sekolah antarabangsa di negeri ini menerima ancaman bom yang didakwa ditanam di kawasan sekolah menerusi e-mel.

Menerusi kandungan e-mel itu, pengirimnya menceritakan mengenai masalah hidup yang dihadapi apabila dia dibenci oleh orang sekeliling selain ayah merogolnya sejak kecil dan dihina di sekolah.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menerusi satu kenyataan media semalam memaklumkan, sebanyak 19 sekolah kelolaan Kementerian Pendidikan, sekolah antarabangsa dan sekolah swasta menerima ancaman bom menerusi dua akaun e-mel.

Ancaman bom palsu itu membabitkan tujuh sekolah di Selangor, Kuala Lumpur (lima), Johor (tiga), Pulau Pinang (dua), Perak (satu) dan Negeri Sembilan (satu).

Ujar Razarudin, siasatan mendapati kandungan asal e-emel itu diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dari bahasa Inggeris yang didapati kandungannya sama dengan kiriman kepada 70 buah sekolah di Jamaica pada 12 November 2023. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan