Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelabuhan Bintulu. Foto fail Pejabat Premier Sarawak.

DUN: Proses kembalikan Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak dijangka selesai Julai 2024

ByRegina Lee

KUCHING, 22 Nov: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dimaklumkan proses pengambilalihan Pelabuhan Bintulu daripada Kerajaan Persekutuan dijangka akan selesai pada Julai 2024.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Majang Renggi berkata, ketika ini Kerajaan Sarawak sedang menyediakan peruntukan undang-undang yang diperlukan.

Kata beliau, langkah berkenaan selaras dengan hasrat wilayah ini untuk mengembalikan haknya yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Pelabuhan Pintulu berada di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan (MOT) dan penting kerana memainkan peranan strategik dan menjadi aset untuk melengkapkan ekosistem ekonomi Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Johnny Pang Leong Ming (Gabungan Parti Sarawak – Tanjong Batu) berhubung perkara itu pada sidang DUN hari ini.

Mengulas lanjut, Majang berkata, penyerahan pelabuhan itu melibatkan perubahan pentadbiran namun tidak akan menjejaskan operasinya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 memaklumkan Putrajaya sedang berunding dengan Kerajaan Sarawak untuk menyerahkan pelabuhan berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan