Search
Close this search box.
(MCMC) dengan kerjasama syarikat telekomunikasi berjaya memulihkan 14 daripada 41 menara pemancar telekomunikasi di beberapa kawasan Pantai Barat Sabah. Foto hiasan Envato

DUN: Pembinaan 40 menara telekomunikasi di Baleh siap suku keempat 2024

ByRegina Lee

KUCHING, 22 Nov: Proses pembinaan 40 menara telekomunikasi di Baleh dijangka siap sepenuhnya hujung tahun depan.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Liwan Lagang berkata, peruntukan projek berkenaan telah disalurkan oleh Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan.

Katanya, menara berkenaan akan beroperasi secara berperingkat.

“Ia tertakluk kepada tiada masalah izin lalu dan pengambilan tanah untuk tapak projek.

“Proses pengambilan balik tanah adalah mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Kanun Tanah Sarawak dan sekiranya terdapat tanah yang terlibat dengan tapak projek telekomunikasi, ianya tertakluk kepada tuntutan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang sahih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Nicholas Kudi Jantai (Gabungan Parti Sarawak – Baleh) pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Tambah Liwan, kadar pampasan tanah berdasarkan kepada nilai pasaran yang telah dinilai oleh Jabatan Tanah dan Survei Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS