Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

DUN: Laksanakan projek Kereta Api Trans-Borneo, kata Khere Chiang

BySalasiah Safian

KUCHING, 22 Nov: Kerajaan Persekutuan diminta memberi pertimbangan serius bagi merealisasikan projek Kereta Api Trans-Borneo (Trans-Borneo Railway).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Dato Lo Khere Chiang berkata, sekiranya jaringan pengangkutan itu dilaksanakan di wilayah ini, ia akan membantu untuk mempercepatkan pembangunan.

Selain itu katanya, projek berkenaan juga akan menjadi alternatif pengangkutan awam di Sabah dan Sarawak.

“Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah mendesak agar cadangan ini diteruskan.

“Menteri Pengangkutan, Anthony Loke juga bersetuju dengan kajian kebolehlaksanaan.

“Walau bagaimanapun, kita mahu menekankan keperluan untuk tindakan nyata, bukan hanya menjalankan kajian kebolehlaksanaan selama bertahun-tahun, kemudian akan diubah apabila berlaku pertukaran kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Khere Chiang berkata, perkara ini dibangkitkan kerana beliau tidak mahu ‘sejarah berulang’ seperti kes Projek Lebuhraya Pan Borneo sebelum ini.

Jelasnya, projek berkenaan dianggarkan menelan kos RM63.3 bilion namun projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur dan Singapura yang sedang dibincangkan pula dianggarkan menelan belanja RM110 bilion.

“Kereta Api KL-Singapura ini hanya berfungsi untuk memberikan keselesaan tambahan kepada pengembara elit.

“Saya harap Ahli Parlimen Stampin boleh mengingatkan Menteri Pengangkutan Persekutuan bahawa Sarawak menyumbang RM80 bilion setahun kepada tabung negara,” katanya.

Sehubungan itu beliau mencadangkan agar projek Kereta Api KL-Singapura diketepikan buat masa ini dan mengutamakan projek Kereta Api Trans-Borneo. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan