Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KPM diminta percaya kepada kewibawaan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) di Sarawak membuat keputusan melibatkan sekolah-sekolah di sini. Foto hiasan, Envato.

DUN: KPM perlu yakin dengan keupayaan PPD Sarawak

ByMarzella Sigai

KUCHING, 22 Nov: Kementerian Pendidikan (KPM) diminta percaya kepada kewibawaan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) di Sarawak membuat keputusan melibatkan sekolah-sekolah di bawah pentadbiran mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, ini kerana mereka lebih mengetahui tentang keadaan dan keperluan sekolah-sekolah di sini dengan dibantu oleh guru besar atau pengetua di sekolah masing – masing.

“Oleh itu saya menyarankan supaya KPM dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak mengkaji semula beberapa proses dan prosedur bagi memudahkan usaha memartabatkan sektor pendidikan, demi masa depan anak Sarawak,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Safiee berkata, beberapa perkara dan bidang kuasa hendaklah diturunkan kuasa kepada PPD.

“Kita berusaha memperbaiki prasarana malah sanggup membina beberapa kemudahan lain seperti dewan, bilik darjah, asrama, jeti, titian dan lain-lain lagi melalui peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP),” katanya.

Sementara itu, Safiee turut membangkitkan terdapat banyak kekangan dalam melaksanakan usaha tersebut kerana perlu melalui karenah birokrasi.

“Kelulusan (pula) hanya dapat diperolehi di peringkat JPN Sarawak dan KPM sahaja.

“Ini kerana sektor pendidikan di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan