Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

DUN: Empat prasekolah baharu SeDidik beroperasi tahun depan

ByRegina Lee

KUCHING, 22 Nov: Empat prasekolah baharu di bawah SeDidik akan ditubuhkan pada tahun depan, Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dimaklumkan hari ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Rosey Yunus berkata, prasekolah berkenaan akan dibangunkan di luar bandar iaitu di Rumah Seliau di Ulu Oya selain di Selangau dan Sibu.

Warga SeDidik diingatkan patuhi etika kerja – Rosey

Kata beliau, ketiga – tiganya dijadual beroperasi pada awal 2024.

“Sebuah lagi di Long Tebanyi, Sungai Paong, Ulu Tinjar, Baram yang dijangka beroperasi pada suku kedua tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Ibrahim Baki (Gabungan Parti Sarawak – Satok) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Rosey berkata, SeDidik yang merupakan penyedia pendidikan awal kanak-kanak di Sarawak akan mengisi jurang di kawasan yang belum mempunyai kemudahan prasekolah oleh agensi lain.

Jelas beliau, inisiatif itu tertakluk pada keperluan dan permintaan masyarakat dan pemimpin setempat.

Tambah Rosey, setakat ini SeDidik telah menubuhkan lima prasekolah di Long Kawa, Long Kerangan, Long Leng, Long Jenalong, dan Ba’ Selulon bagi memenuhi keperluan kanak-kanak Penan.

Sementara itu, beliau memaklumkan, kadar terkini enrolmen prasekolah kerajaan di Sarawak ialah 46,505 (66.14 peratus) daripada 70,305 kadar keseluruhan enrolmen prasekolah.

Mengulas mengenai langkah diambil berhubung aksesibiliti prasekolah untuk kanak-kanak berkeperluan khas, beliau memaklumkan kementeriannya telah mempraktikkan dasar terbuka sejak tahun 2020.

“Terdapat 129 kanak-kanak berkeperluan khas di prasekolah SeDidik, 146 kanak-kanak berkeperluan khas di 26 prasekolah di bawah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), 17 kanak-kanak berkeperluan khas di Tabika Kemas dan 97 kanak-kanak berkeperluan khas di 22 sekolah swasta melalui dasar terbuka,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan