Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto: Envato

Monsun Timur Laut: JPM jamin bekalan ikan mencukupi

KUALA LUMPUR, 21 Nov: Jabatan Perikanan Malaysia memberi jaminan bekalan ikan mencukupi sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) menerusi pendaratan sumber itu di Pantai Barat Semenanjung.

Jabatan itu dalam kenyataan malam tadi memaklumkan kepelbagaian jenis ikan menerusi pendaratan di semua kawasan negara dapat menampung keperluan rakyat walaupun berlaku peralihan MTL di Pantai Timur.

“Melalui statistik tren pendaratan ikan di Pantai Barat, pengeluaran antara bulan November 2022 hingga Mac 2023 terbukti dapat menampung keperluan keterjaminan stok ikan rakyat di Malaysia,” menurut kenyataan itu.

“Spesies ikan kembung merupakan jenis stok ikan rakyat yang terdapat di Malaysia. Berdasarkan data perangkaan Jabatan Perikanan, pendaratan ikan kembung pada 2021 adalah sebanyak 40,959.95 tan metrik dengan nilai RM421 juta, 2022 sebanyak 39,146.95 tan metrik dengan nilai RM458 juta manakala bagi tahun 2023 (Januari hingga September) mencatatkan 33,102 tan metrik dengan nilai RM410 juta.

“Jumlah pendaratan ikan kembung bagi Pantai Barat Semenanjung sebanyak 22,765 tan metrik manakala di Pantai Timur sebanyak 9,637 tan metrik,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Datuk Adnan Hussain dalam kenyataan sama berkata, pihaknya telah menjalankan kajian dan mempunyai maklumat lengkap mengenai cadangan musim tertutup bagi ikan kembung dan pelaling di Pantai Barat.

“Berdasarkan kajian pentaksiran sumber yang dijalankan oleh jabatan, stok ikan kembung akan mula tertangkap oleh pukat nelayan mulai April depan yang mana ini berkait dengan migrasi ikan kembung ke perairan negara,” katanya.

Menurut kenyataan itu perubahan cuaca MTL memainkan peranan penting dalam mempengaruhi migrasi ikan kembung dan pembiakan spesies itu secara semula jadi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan