Search
Close this search box.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini memilih Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Michael Mujah Lihan sebagai Ahli Dewan Negara. Foto: Nadhir Azfar (TVS)

Michael Mujah Lihan dilantik sebagai Ahli Dewan Negara wakili Sarawak

ByAmirah Shawel

KUCHING, 21 Nov: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini memilih Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Michael Mujah Lihan sebagai Ahli Dewan Negara.

Usul pemilihan dibawa oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang kemudian disokong oleh Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan sempena Sidang DUN Sarawak.

“Saya bangun untuk mencadang agar Michael Mujah Lihan dicalonkan sebagai Ahli Dewan Negara mewakili Sarawak,” katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Speaker DUN, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar kemudiannya mengumumkan Micheal Mujah sebagai Ahli Dewan Negara selepas menjadi calon tunggal.

Micheal Mujah, 61, akan memulakan tugasnya sebagai Ahli Dewan Negara pada 11 Disember ini menggantikan Dr Nuing Jeluing yang akan menamatkan perkhidmatannya.

Beliau merupakan Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada bermula pada 2010 hingga 2022 dan merupakan Ketua Cawangan PBB Murum sejak 2016. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS