Search
Close this search box.
Michael Mujah Lihan akan memulakan tugasnya sebagai Ahli Dewan Negara bermula 11 Disember ini. Foto: Febbright James (TVS)

Michael Mujah Lihan bawa pengalaman luas ke Dewan Negara

ByAmirah Shawel

KUCHING, 21 Nov: Berbekalkan pengalaman luas dalam pentadbiran dan politik, Michael Mujah Lihan menyifatkan itu merupakan indikator utama beliau dilantik sebagai Ahli Dewan Negara baharu.

Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak itu berkata, Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas telah memberikan peluang kepadanya untuk menimba pengalaman baharu mewakili Sarawak ke Dewan Negara.

Michael Mujah Lihan dilantik sebagai Ahli Dewan Negara wakili Sarawak

“Tahun ini memasuki tahun ketujuh saya berkhidmat sebagai Setiausaha Politik dan sekarang dilantik sebagai Ahli Dewan Negara.

“Datuk Amar (Douglas Uggah Embas) juga berkata beliau mahu saya merasai sendiri pengalaman ini,” katanya ketika ditemui media selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Micheal Mujah mula berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak sejak 2016 dan merupakan Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada 2010 hingga 2022.

Beliau juga adalah Ketua Cawangan PBB N66 Murum sejak 2016 hingga kini.

Beliau akan menggantikan bekas Ahli Dewan Negara, Dr Nuing Jeluing yang akan menamatkan perkhidmatannya pada 11 Disember ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan