Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika membentangkan usul berkaitan pengeluaran wang ke Dana Kekayaan Berdaulat Sarawak hari ini. Foto TVS.

DUN: RM8 bilion permulaan Dana Kekayaan Berdaulat Sarawak tahun depan

ByFebbright James

KUCHING, 21 Nov: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini meluluskan usul pengeluaran dana daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk disalurkan kepada Dana Kekayaan Berdaulat Sarawak.

Usul berkenaan dibentangkan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Douglas Uggah berkata, usul berkenaan dibentangkan kerana Perkara 33(1)(c) Perlembagaan Negeri Sarawak menyatakan tiada wang boleh dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Disatukan melainkan melalui resolusi yang diluluskan oleh DUN bagi tujuan pelaburan.

Jelas beliau, Seksyen 6 Ordinan Lembaga Dana Masa Hadapan Kekayaan Berdaulat Sarawak 2022 pula memperuntukkan bahawa DUN boleh melalui satu resolusi membenarkan pengeluaran jumlah tersebut daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh DUN bagi setiap tahun dalam tempoh yang ditetapkan iaitu tidak melebihi tiga puluh tahun dari tarikh mula berkuat kuasa Ordinan.

“Memandangkan pengoperasian Lembaga Dana Masa Hadapan Kekayaan Berdaulat Sarawak akan bermula pada 1 Januari 2024, adalah wajar diberi kuasa untuk pengeluaran dana daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri untuk diagihkan kepada Kumpulan Wang Masa Hadapan Kekayaan Berdaulat Sarawak untuk suatu tempoh 20 tahun mengikut cara yang dinyatakan seperti berikut sehingga RM8 bilion untuk 2024, sehingga RM300 juta setiap tahun dari 2025 hingga 2028, sehingga RM550 juta setiap tahun dari 2029 ke 2033 dan sehingga RM650 juta setiap tahun dari 2034 hingga 2043,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa pembentangan usul menteri pada Sidang DUN Sarawak ke-19 di sini hari ini.

Usul tersebut disokong oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63, dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Sayeed Aman Ghazali. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan