Search
Close this search box.
Sarawak kaya dengan kawasan air semula jadi termasuk air terjun dan sungai yang berpotensi menarik pelancong. Foto TVS.

DUN: MTCP sedia bantu promosi kawasan alam semula jadi di pedalaman Sarawak

ByFebbright James

KUCHING, 21 Nov: Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MCTP) Sarawak memaklumkan komuniti di semua Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh mengemukakan usul jika mahu lokasi menarik di kawasan masing – masing dipromosikan sebagai tempat pelancongan.

Timbalan Menterinya, Datuk Sebastian Ting Chiew Yer berkata, perkara itu boleh dikemukakan kepada Kumpulan Petugas Pelancongan Bahagian (DTTG) yang dipengerusikan oleh Residen Bahagian masing – masing.

Kata beliau, setelah usul itu diterima, DTTG akan mengambil langkah seterusnya dengan membawanya kepada MCTP.

“Sekiranya komuniti di DUN Ngemah berminat untuk memajukan sektor ekopelancongan di kawasan mereka, perkara ini boleh diusulkan kepada DTTG yang dipengerusikan oleh Residen Bahagian Sibu atau Kapit mengikut lokaliti masing-masing.

“Kesediaan komuniti tempatan juga sangat penting untuk membangunkan kawasan dan seterusnya meningkatkan taraf sosioekonomi,” katanya pada Sidang DUN Sarawak hari ini.

Sebastian Ting berkata demikian ketika menjawab soalan Anyi Jana (Gabungan Parti Sarawak – Ngemahg) yang ingin tahu sama ada MCTP mempunyai perancangan untuk membangunkan Bukit Sepali di Ulu Sungai Sepali, Sungai Lakah sebagai kawasan ekopelancongan.

Berkenaan perkara itu, Sebastian Ting memaklumkan, kementerian setakat ini belum mempunyai perancangan untuk membangunkan kawasan tersebut sebagai kawasan ekopelancongan.

“Walau bagaimanapun, tidak dinafikan kawasan yang kaya dengan alam semula jadi seperti Bukit Sepali merupakan aset yang penting bagi memajukan sektor ekopelancongan Sarawak,” katanya.

Bukit Sepali yang berketinggian 2,470 kaki merangkumi hutan dara dan memiliki panorama menarik serta menjadi tempat pembiakan pelbagai flora dan fauna.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS