Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri N.01 Opar Billy Sujang sedang membaca ucapan semasa sesi pembahasan di Dewan Undangan Negeri, hari ini. Foto: TVS

DUN: Kuasa hidro boleh diperbaharui enjin utama capai matlamat iklim peralihan Sarawak

KUCHING, 21 Nov: Kuasa hidro boleh diperbaharui akan menjadi antara enjin utama untuk mencapai matlamat iklim peralihan di Sarawak, kata Billy Sujang.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar berkata, tenaga hidro membolehkan penjanaan elektrik secara bebas karbon dilakukan berbanding kaedah konvension yang menghasilkan karbon dioksida.

Kata beliau, sebagai penyedia tenaga boleh diperbaharui terbesar di Malaysia pada masa ini, Sarawak boleh memainkan peranan penting untuk mempercepatkan peralihan tenaga di rantau ini dengan menjalin kerjasama dengan negara jiran serta berkongsi sumber tenaga.

“Sarawak sangat bertuah dalam aspek penghasilan tenaga hijau kerana memiliki sumber alam semula jadi yang luas dan belum diteroka.

“Penggunaan kuasa solar bukan sahaja boleh menyelamatkan bumi daripada kemusnahan malah dalam jangka panjang boleh menjimatkan kos tenaga elektrik kepada pengguna,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa sesi pembahasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Sementara itu, Billy berkata, Sarawak sedang menggubal Dasar Peralihan Tenaga (ETP) bertujuan untuk memastikan rakyatnya mempunyai tenaga yang selamat, bersih, berpatutan, cekap dan boleh dipercayai.

“Ini dapat direalisasikan kerana Sarawak mempunyai banyak sumber tenaga yang boleh diperbaharui seperti tenaga hidro, tenaga angin, dan kuasa solar.

“Lain-lain sumber tenaga adalah biogas, biojisim , biofuel dan biological waste yang boleh menghasilkan tenaga elektrik,” ujarnya.

Sehubungan itu beliau menggesa Sarawak Energy Berhad (SEB) untuk segera menghasilkan pelan tindakan bagi membangunkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui seperti penggunaan kuasa solar atau kincir angin di kawasan strategik. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan