Search
Close this search box.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi bercakap di Sidang Media selepas membentangkan RUU Elektrik (Pindaan) 2023 di Persidangan Hari Kedua Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19. Foto: TVS

DUN: Jangan ‘hilang’ selepas buat aduan, Julaihi tegur Chieng Jen

BySalasiah Safian

KUCHING, 21 Nov: Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi meminta agar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan, Chong Chieng Jen supaya bersikap lebih bertanggungjawab pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kata Julaihi, ini kerana Chieng Jen sering ‘hilang’ selepas memberi aduan dan cadangan semasa sesi perbahasan.

“Saya rasa dia harus menunggu kami (kerajaan untuk) menjawab. Jika Chieng Jen berani bercakap di dalam dewan (DUN), maka dia juga harus berani untuk mendengar jawapan,” katanya pada sidang media di DUN Sarawak.

Mengulas lanjut, Julaihi yang juga ADUN Sebuyau berkata, sekiranya Pengerusi DAP Sarawak itu memilih untuk ‘kekal’ dalam DUN sehingga mendapat maklum balas, ini menunjukkan kes yang dinyatakan adalah tulen.

“Jika tidak, kamu hanya mengemukakan perkara tersebut berdasarkan andaian atau pengalaman peribadi,” katanya.

Mengulas lanjut, Julaihi berkata, beliau tidak pernah culas untuk menjawab persoalan dikemukan wakil rakyat melibatkan bidang kuasa kementerian diterajuinya.

“Ya, saya selalu menjawab pertanyaan dia, saya buat kerja berdasarkan peraturan, jangan ikut rentak dia.

“Jika dia cuba buat sesuatu yang kita tidak gemari, kita tidak perlu mengikut cara tersebut,” katanya.

Terdahulu, Julaihi membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Elektrik (Pindaan) 2023 pada sidang DUN Sarawak hari ini.

Chieng Jen antara lain membangkitkan isu mengenai Seksyen 27(3) yang memperuntukkan pembekal elektrik seperti SESCO tidak bertanggungjawab untuk membekalkan elektrik kepada pemohon di mana pemohon atau premis tersebut sudah diputuskan bekalan elektrik sebelum ini.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan