Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr. Annuar Rapaee. Foto: TVS

DUN: Belanjawan 2024 utamakan pendidikan, masa depan anak Sarawak

KUCHING, 21 Nov: Bidang pendidikan antara bidang yang diutamakan oleh kerajaan negeri dalam Belanjawan Sarawak  2024 yang dibentangkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Isnin, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr. Annuar Rapaee.

Menurutnya, tumpuan terhadap bidang tersebut merupakan pelaburan modal insan yang penting dalam usaha negeri ini mencapai status negara maju pada tahun 2030.

Justeru itu, beliau mahu golongan pelajar untuk memanfaatkan peluang yang disediakan oleh Kerajaan Sarawak bagi membolehkan mereka memiliki pendidikan dan kemahiran yang diperlukan.

“Peluang ini tidak ada diberikan pada masa-masa dulu jadi manfaatkan ia sebaiknya.

“Pelajar kita ketika ini amat beruntung kerana kerajaan Sarawak menyediakan peruntukkan yang besar untuk memperkasakan bidang pendidikan ini,” katanya ketika mengulas Belanjawan Sarawak 2024 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada Selasa.

Beliau mendedahkan lagi antara insentif serta bantuan yang diberikan adalah baucar buku bernilai RM500 serta bantuan komputer riba percuma kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Sarawak untuk mereka yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah.

Katanya, bantuan juga turut diberikan kepada pelajar yang telah menyelesaikan 30 peratus bayaran hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Oleh itu kata Annuar, para pelajar sekolah menengah diingatkan memperoleh keputusan yang baik untuk membolehkan mereka menlanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi seiring Sarawak yang berhasrat menyediakan pendidikan percuma pada tahun 2026.

Beliau dalam pada itu berata belanjawan yang dibentangkan semalam turut memperuntukkan kira-kira RM15 juta kepada Yayasan Sarawak untuk menyediakan dan memberi akses pelajaran terbaik kepada anak Sarawak selepas ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan