Search
Close this search box.
Ahmad Shahriman bersama wakil media serta NGO yang hadir ke Majlis Hi-Tea Tabung Haji bersama pengamal media Sarawak 2023 di Kuching. hari ini. Foto TVS.

RM165,600 disumbangkan Tabung Haji menerusi CSR di Sarawak

KUCHING, 20 Nov: Sebanyak RM165,600 disumbangkan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) kepada lima agensi di Sarawak melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Antara penerimanya termasuk Sarawak Media Group, Hikmah Sarawak dan Hidayah Centre Foundation.

Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat TH, Ahmad Shahriman Johari berkata, program tersebut diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan antara pihaknya dengan bersama pengamal media di Sarawak.

“Tabung Haji turut mengambil kesempatan untuk menyampaikan sumbangan cek kepada rakan strategi dan juga pihak badan bukan kerajaan (NGO) yang terpilih,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas hadir Majlis Hi-Tea Tabung Haji bersama media Sarawak 2023 di sini hari ini.

Sementara itu, Ahmad Shahriman berkata, TH berharap agar ini dapat diteruskan secara tahunan.

“Ini kerana program tersebut merupakan platform yang baik untuk kami dan media mengekalkan, mengukuhkan serta merapatkan hubungan antara satu sama lain,” ujarnya.

Pada majlis sama, sumbangan RM 30,000 turut diberikan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Traoh bagi tujuan membaiki dewan sekolah.

Sementara itu, Pengarah Wilayah Sabah dan Sarawak Lembaga Tabung Haji, Datuk Nurlaila Said berkata, pihaknya berharap statistik pendeposit Tabung Haji di Sarawak diharapkan dapat ditingkatkan pada tahun hadapan.

Katanya, ini bagi mencapai sasaran statistik sebanyak 100 peratus berbanding hanya 40 peratus ketika ini. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan