Search
Close this search box.
Seramai 210,000 ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mendaftar untuk membuat caruman melebihan kadar berkanun bagi caruman pekerja. Foto Bernama.

Parlimen: Dana pelaburan KWSP lebih RM1 trilion setakat Ogos lepas

ByLuqman Muhammad

KUALA LUMPUR, 20 Nov: Jumlah dana pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga 31 Ogos lepas mencecah RM1.096 trilion, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong berkata, daripada jumlah berkenaan, purata pelaburan berada dalam pasaran domestik iaitu sebanyak 64.9 peratus dengan 24.4 peratus dalam ekuiti tersenarai domestik.

Sementara itu tambah belia, jumlah dana pelaburan Pemodanan Nasional Berhad (PNB) pula adalah sebanyak RM332 bilion dan purata pelaburan dalam pasaran domestik adalah 84.3 peratus.

“Bagi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), jumlah dana pelaburan sehingga 31 Ogos 2023 adalah RM167 bilion manakala Lembaga Tabung Haji (LTH) sebanyak RM91 bilion dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) merekodkan jumlah dana pelaburan sebanyak RM10.5 bilion bagi tempoh sama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Jimmy Puah Wee Tse (Pakatan Harapan – Tebrau) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan sama ada jumlah pelaburan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan kerajaan (GLIC) selaras dengan aspirasi kerajaan untuk menguatkan pasaran ekuiti Malaysia.

Dalam pada itu, Steven berkata, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) selaku pengurus dana kekayaan negara telah membuat pelaburan domestik sebanyak RM9.2 bilion bagi tempoh 2019 sehingga tahun lepas.

“Ini bersamaan sebanyak 32.5 peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburan yang bernilai RM28.3 bilion,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan