Search
Close this search box.
Ketua Setiausaha Datuk Azman Mohd Yusof berucap di Majlis Apresiasi dan Makan Malam Liga Sukan UNITI tahun 2023 peringkat Kebangsaan. Foto: KPN

Liga Sukan UNITI inisiatif pupuk penghayatan perpaduan

BySalasiah Safian

PUTRAJAYA, 20 Nov: Pertandingan Liga Sukan UNITI anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) merupakan salah satu inisiatif untuk memupuk penghayatan perpaduan.

Ketua Setiausaha KPN, Datuk Azman Mohd Yusof berkata, kejohanan berkenaan merupakan edisi kedua selepas kejayaan penganjuran kali pertama tahun lepas.

“Sebagai menyokong Aspirasi Malaysia MADANI, KPN yang bertanggungjawab untuk memperkukuhkan agenda perpaduan nasional telah mengambil inisiatif menterjemahkan konsep Malaysia MADANI melalui pembangunan Kembara Perpaduan Malaysia MADANI yang merupakan inisiatif berfokus dalam meraikan kepelbagaian di negara ini.

“Usaha-usaha penghayatan perpaduan ini dilaksanakan di segenap peringkat supaya detik-detik perpaduan atau “moments of unity” seperti ini dapat dizahirkan, dihayati dan dirasai oleh semua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Apresiasi dan Makan Malam Liga Sukan UNITI tahun 2023 peringkat Kebangsaan, baru-baru ini.

Tambah beliau, bersukan bukan sahaja untuk sihat tetapi juga dapat melatih untuk berdisiplin, semangat berpasukan, strategi, membuat keputusan dan sebagainya.

Malah sukan juga katanya mampu menyemarakkan semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

“Lihat sahaja ketika ada perlawanan bola sepak atau badminton, lebih- lebih lagi yang di peringkat dunia tanpa mengira kaum dan agama, kita duduk semeja bersama-sama rakan-rakan di stadium atau di restoran untuk bersorak menyokong pasukan negara,” katanya.

Sementara itu, penganjuran Liga Sukan UNITI pada tahun ini menyaksikan pertambahan dua jenis sukan iaitu badminton dan bola keranjang.

Sebanyak 15 pasukan terbaik mewakili negeri bagi pertandingan futsal, bola jaring, badminton dan bola keranjang.

Mereka yang terpilih akan bertanding di peringkat kebangsaan setelah berjaya di pusingan kelayakan di peringkat negeri yang melibatkan hampir 15,000 pemain dari seluruh negara.

Mengenai syarat pertandingan pula, Azman berkata, peraturan masih sama iaitu setiap pasukan wajib disertai oleh ahli-ahli yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua kaum berlainan atau lebih sebagai salah satu keunikan dalam kejohanan ini dalam masa yang sama memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan