Search
Close this search box.
Rang Undang-undang (RUU) Alam Sekitar (Pengurangan Pelepasan Gas Rumah Hijau) 2023 dianggap sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi Sarawak. Foto hiasan, Envato.

DUN: RUU Alam Sekitar, ‘game changer’ kepada pendapatan Sarawak

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 20 Nov: Rang Undang-undang (RUU) Alam Sekitar (Pengurangan Pelepasan Gas Rumah Hijau) 2023 dianggap sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi Sarawak.

Selain itu ia juga dapat mengurangkan pelepasan gas rumah hijau serta merancakkan perdagangan unit kredit karbon yang boleh menyumbang kepada pendapatan tahunan wilayah ini, kata Dr Simon Sinang Bada.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu berkata, lebihan pendapatan seterusnya boleh mempercepatkan pembangunan infrastruktur Sarawak.

“Menerusi pendapatan tambahan ke Tabung Konsolidasi Negeri ini, kita boleh mempercepatkan pembangunan infrastruktur, menjalankan penyelidikan dan pembangunan, melaksanakan program sosioekonomi, serta melabur dalam pembangunan modal insan dan pembangunan keusahawanan di Sarawak,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika perbahasan RUU Alam Sekitar pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

Sementara itu, Simon Sinang juga yakin lebihan pendapatan tersebut juga boleh menyumbang kepada Dana Kekayaan Berdaulat (SWF) pada masa hadapan.

“Ini akan memenuhi aspirasi kerajaan negeri dalam menyediakan pendidikan tertiari percuma di bawah matlamat jangka panjang yang diumumkan oleh YAB Premier Sarawak (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg) yang akan direalisasikan dalam masa terdekat,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali membentangkan RUU Alam Sekitar (Pengurangan Pelepasan Gas Rumah Hijau), 2023 pada Sidang DUN hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan