Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto, TVS.

DUN: RM200 juta diperuntuk bagi program pelancongan dan pelaksanaan projek

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 20 Nov: Kerajaan Sarawak memperuntukkan sejumlah RM200 juta bagi pelaksanaan pelbagai projek dan program pelancongan menerusi Belanjawan 2024.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, tujuan peruntukan berkenaan adalah bagi membangunkan kawasan tarikan pelancongan baharu, selain menaik taraf kemudahan sedia ada.

Menurutnya, sektor pelancongan merupakan antara penyumbang utama kepada ekonomi Sarawak.

“Kita berusaha menjadikan Sarawak sebagai destinasi utama bagi eko-pelancongan dan penganjuran acara, menggalakan komuniti memelihara warisan, budaya dan biodiversiti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Belanjawan 2024 di hari pertama Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Dedah Abang Johari, antara destinasi pelancongan diberi keutamaan menerusi peruntukan tersebut ialah Kampus Muzium Sarawak, Taman Arkeologi Santubong dan Pusat Wallace serta bangunan Muzium Lama.

“Dalam pada itu, kerajaan negeri juga berusaha untuk menambah perhubungan udara ke beberapa negara dalam rantau Asia Tenggara seperti Indonesia, Brunei dan Filipina.

Sejumlah RM52 juta menerusi Belanjawan 2024 diperuntukkan kepada Sarawak Tourism Board dan Business Events Sarawak bagi kelancaran operasi, pemasaran dan promosi,” katanya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan