Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas hadir mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali anjuran Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) hari ini. Foto Zaim Zharfan (TVS).

Tiada kaum yang terpinggir di Sarawak

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 19 Nov: Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan mana – mana kaum di wilayah ini, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, komitmen berkenaan selaras dengan teras Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030 iaitu menyediakan akses adil kepada peluang dan hasil yang dimiliki kepada rakyat Sarawak.

Dalam soal ini Abang Johari berkata, tumpuan serta bantuan turut diberikan kepada masyarakat India di Sarawak.

“(Sehubungan itu) Jabatan Premier Sarawak telah menyalurkan dana sebanyak RM5.06 juta untuk melaksanakan projek infrastruktur kuil sejak 2017 hingga kini,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali anjuran Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, Pengarah UNIFOR Sarawak, Datu Jack Aman Luat dan Pengerusi Hindu Sangam Sarawak, Kripa Sindhu Krishna Prabhu.

Majlis yang berlangsung di International Society for Krishna Consciousness (ISKCON) itu dihadiri lebih 600 tetamu pelbagai lapisan masyarakat.

Sementara itu, Abang Johari meminta masyarakat India di Sarawak terus memberi sokongan terhadap pelbagai inisiatif yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak untuk seluruh rakyatnya.

“Yakinlah bahawa Kerajaan Sarawak akan terus bekerjasama rapat dengan anda untuk memastikan bahawa masyarakat India, juga sebagai rakyat Sarawak, berada di barisan hadapan pembangunan dan kemajuan,” katanya. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan