Search
Close this search box.
Yayasan Kesenian Orang Asli (YKOA) akan memperluas kempen bantuan perubatan di perkampungan terpencil Bario. Foto: FB Yayasan Kesenian Orang Asli

YKOA memperluas kempen bantuan perubatan di kawasan Bario

KUCHING, 18 Nov: Yayasan Kesenian Orang Asli (YKOA) akan memperluas kempen bantuan perubatan di perkampungan terpencil Bario, yang terletak di bahagian utara Sarawak dengan memfokuskan kepada penjagaan ortopedik pada 9 Dis ini.

YKOA dalam kenyataan hari ini memaklumkan kempen saringan pediatrik sebelum ini yang diadakan pada 28 Okt lepas telah berjaya dengan 28 keluarga penduduk telah disaring.

“Kami berharap projek itu akan memberi impak kepada masyarakat terpinggir kerana ia menyediakan bantuan dan menghubungkan mereka dengan hospital daerah masing-masing,” menurut Pengerusi YKOA Dr Andre Ratos.

Kedua-dua kempen di bawah program Health Beyond Boundaries Medical Outreach itu bertujuan memberi impak kepada kesihatan orang asli di seluruh Malaysia, khususnya di kawasan terpencil yang menghadapi cabaran dalam mengakses penjagaan kesihatan.

Menurut kenyataan itu, program saringan akan meningkatkan pembangunan pelan intervensi dalam rundingan dengan doktor di fasiliti kerajaan dan pemimpin tempatan, sambil memastikan pendekatan holistik untuk sokongan penjagaan kesihatan.

“Pada kempen ortopedik akan datang, saringan itu dikatakan mendapat permintaan doktor perubatan Klinik Kesihatan kerana usia penduduk yang lanjut dan ramai mengalami masalah sendi,” menurut kenyataan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan