Search
Close this search box.
Menteri Belia Dan Sukan, Hanna Yeoh menerima cenderamata daripada Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah di Kuching. Foto : TVS

Sarawak peruntuk RM124 juta untuk baik pulih fasiliti sukan – Abdul Karim

KUCHING, 18 Nov: Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan berjumlah RM124 juta untuk membaik pulih fasiliti sukan menjelang negeri ini sebagai tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) pada tahun hadapan.

Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata ketika ini fasaliti-fasaliti sukan sedang giat dibangunkan.

Pada masa sama kata Abdul Karim kerajaan juga memperuntukkan berjumlah RM80 juta bagi sebagai inisiatif persiapan para atlet kelahiran negeri ini.

“Berkenaan dengan persiapan SUKMA, kerajaan negeri sudah memberi peruntukkan untuk membaik pulih fasiliti fasiliti yang ada di negeri Sarawak.

“Untuk persiapan atlet Sarawak dalam SUKMA pada tahun ini, sebanyak lebih kurang 80 juta persiapan dan daripada itu ramai atlet kita sedang berada di luar negara,” katanya pada Majlis Perasmian Sukan Perpaduan 2023 di Kuching pada Sabtu.

Abdul Karim dalam pada itu  juga optimis bahawa Sarawak bertekad untuk menjuarai SUKMA kali ini.

Menurutnya dengan sokongan padu kerajaan negeri, beliau turut yakin SUKMA akan menjadi platform dalam mencungkil bakat atlet dari setiap negeri untuk mewakili Malaysia seterusnya ke peringkat antarabangsa.

“Kita serius pada kali ini untuk menjadi juara dan bukannya untuk menakutkan negeri lain.

“Saya rasa dengan sokongan ini kita dapat mengcungkil banyak bakat untuk mewakili negara kita dalam sukan antarabangsa,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan