Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak umum khabar gembira untuk rakyat pada Isnin ini

ByAdlina Rahman

KUCHING, 18: Nov: “Tunggu sahaja bajet kita pada hari Isnin, saya akan umum khabar gembira pada hari Isnin untuk manfaat rakyat Sarawak,” kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau yang memberi bayangan bahawa bakal mengumumkan berita baik untuk rakyat Sarawak berikutan akan membentangkan Belanjawan Sarawak 2024 pada Isnin ini di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

“Kadang-kadang bajet dia tidak mencukupi kalau dibandingkan dengan saiz Sarawak. Alhamdulillah kita berjaya tingkatkan hasil dan itu akan dikembalikan kepada rakyat,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Sempena Ulang Tahun ke-15 Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE) di sini, pada Jumaat.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas serta Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Kerja Raya, Datuk Sri Alexander Nanta Linggi, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, serta Ketua Pegawai Eksekutif Regional Corridor Development Authority (RECODA), Datu Ismawi Ismuni.

Dalam ucapan sama, Abang Johari menyatakan Sarawak kini menjalinkan kerjasama dengan Petronas bagi membina sebuah pelabuhan baharu di wilayah tersebut.

“Kami akan membina sebuah pelabuhan baharu, yang akan menjadi depoh dan kemudian kita akan bina sebuah kluster dalam pelabuhan itu. Satu untuk mendapatkan kargo, satu lagi untuk hab minyak dan gas minyak.

Kami kini bekerjasama dengan Petronas dan diharap melalui ini, Sarawak boleh menjadi pemain utama dalam eksploitasi gas di wilayah selatan Sarawak,” katanya.

Beliau menambah dengan itu, beliau percaya Sarawak mampu menjadi hab aktiviti ekonomi dalam wilayah ini.

Sementara itu Abang Johari mendedahkan Kerajaan Sarawak turut melabur ke Indonesia bagi mendapatkan 25 peratus ekuiti di perairan Kalimantan Utara.

“Kami telah melabur di Indonesia dengan mendapatkan 25 peratus ekuiti di perairan Kalimantan Utara dan sudah tentu kami akan membekalkan bersama rakan kami, warga Indonesia untuk meningkatkan bekalan kuasa termasuk mungkin Nusantara.”

Abang Johari memberitahu Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Singapura turut bersetuju untuk berkongsi ekuiti dengan Sarawak sehingga maksimum 1,000 megawat tenaga.

“Singapura akan menempatkan industri intensif tenaga ke Sarawak sebagai balasan jika mereka memerlukan lebih tenaga,” dedah beliau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan