Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof (kanan) yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar China Tang Renjian pada Khamis. Foto: Bernama

Malaysia berhasrat kukuhkan kerjasama dengan Kementerian Pertanian, Pembangunan Makanan Hijau China – Fadillah

BEIJING, 18 Nov: Malaysia berhasrat mengukuhkan kerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar China dan Pusat Pembangunan Makanan Hijau China, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata kerjasama tersebut adalah berhubung dengan penerimaan bersama terhadap Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dan Skim Pensijilan Makanan Hijau China bagi menggalakkan pembangunan mampan.

Fadillah yang juga merupakan Menteri Perladangan dan Komoditi berkata demikian setelah menghadiri perjumpaan bersama  Menteri Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar China Tang Renjian di sini, pada Khamis (17 Nov).

Perjumpaan bersama Tang itu sekali gus mengakhiri hari ketiga lawatan rasmi beliau ke Beijing.

“Perbincangan kami tertumpu kepada usaha meningkatkan perdagangan dan eksport minyak sawit serta produk berkaitannya ke China.

“Selain itu, saya turut menzahirkan penghargaan kepada China atas usaha menyokong kerjasama antara Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) dan Pusat Pembangunan Makanan Hijau China, juga penerimaan terhadap skim MSPO,” katanya menerusi ciapan di laman X milik beliau,

Sepanjang lawatan rasmi beliau di Beijing Fadillah turut mengadakan pertemuan dua hala ketiganya bersama Naib Premier Republik Rakyat China Ding Xuexiang dan melawat Akademi Sains Pertanian China (CAAS).

CAAS adalah sebuah organisasi penyelidikan saintifik bagi bidang pertanian yang menjalankan penyelidikan asas dan membangunkan teknologi baharu bagi menyelesaikan pelbagai cabaran dalam memajukan bidang pertanian dan memajukan ekonomi luar bandar China.

“Sebagai penyokong teguh Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), Malaysia komited dalam perhubungan serantau.

“Saya turut menzahirkan ucapan tahniah kepada China dan Presiden Xi Jinping atas kejayaan menjadi tuan rumah bagi Forum Belt and Road Ketiga untuk Kerjasama Antarabangsa di Beijing.

“Ia juga bagi memperingati ulang tahun ke-50 hubungan dua hala Malaysia-China yang akan diraikan pada tahun depan yang mana kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menganjurkan pelbagai program dan aktiviti,” katanya.

Pada 2022, China mengimport sebanyak 3.14 juta tan minyak sawit dan produk berkaitan sawit dari Malaysia.

“Saya berharap China akan terus menyokong sektor minyak sawit Malaysia serta meningkatkan jumlah import kepada 3.4 juta tan metrik atau lebih pada 2024,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan