Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas melakukan tinjauan terhadap kerja menaik taraf dua bulatan jalan di Kota Samarahan-Kuching pada Khamis. Foto: TVS

Sistem trafik pintar bakal digunakan untuk laluan ART

KOTA SAMARAHAN, 16 Nov: Sistem trafik pintar bakal digunakan untuk laluan Transit Aliran Automasi (ART) berkuasa hidrogen pertama Sarawak di Kuching.

Ia bagi membolehkan analisis trafik secara pintar dilakukan sekali gus memastikan kelancaran trafik yang optimum.

Pertama di Asia Selatan, sistem trafik pintar untuk ART | TVS

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ini menjadikan Sarawak sebagai wilayah pertama di rantau ini yang menggunakan sistem trafik pintar untuk ART.

“Melalui penggunaan lampu isyarat pintar tersebut, ia tidak akan menghalang laluan kenderaan lain memandangkan sistem tersebut akan diselaraskan mengikut kesesuaian lampu isyarat di sepanjang laluan ART,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan terhadap kerja-kerja menaik taraf dua bulatan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Douglas Uggah berkata, penggunaan sistem berkenaan membawa dimensi baharu ke arah penyediaan sistem pengangkutan yang moden dan menggunakan teknologi terkini di Sarawak.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) meminta Pasukan Bertindak Kecemasan Komuniti (CERT) supaya pantas membuat keputusan dalam tempoh Monsun Timur Laut (MTL).

“Di Sarawak, banjir biasanya berlaku pada awal tahun, namun kita bersiap siaga kerana amaran telah dikeluarkan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan