Search
Close this search box.
Penganjuran konsert di semua Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) perlu selari dengan perundangan negara. Foto hiasan, Envato.

Parlimen: Penganjuran konsert di universiti perlu patuhi garis panduan KPT

ByLuqman Muhammad

KUALA LUMPUR, 16 Nov: Penganjuran konsert di semua Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) perlu selari dengan perundangan negara.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohd Yusof Apdal berkata, penganjur juga perlu mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Kata beliau, syarat berkenaan ‘terpakai’ terhadap penganjuran konsert melibatkan artis tempatan atau luar negara.

“Sudah tentu dalam memberi pertimbangan meluluskan pemohonan mengadakan konsert, kita harus selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan soal agama,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Dalam pada itu Mohd Yusof turut memaklumkan, tiada kampus yang menganjurkan konsert tanpa kelulusan KPT setakat ini.

“Tidak berlaku penganjuran konsert tanpa kebenaran, makanya tidak adalah tindakan yang diambil setakat ini,” ujarnya lagi.

Tambahnya semua IPT membangunkan sendiri garis panduan masing – masing malah terdapat IPT yang menjadikan Garis Panduan Aktiviti Hiburan (Konsert) di IPT oleh kementerian sebagai panduan dalam proses penambahbaikan atau penggubalan garis panduan mereka. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan