Search
Close this search box.
Bekas senator dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Datuk Lihan Jok yang meninggal dunia hari ini pada usia 66 tahun.

Mendiang Lihan Jok tokoh yang banyak berjasa – Wan Junaidi

KUCHING, 16 Nov: Bekas senator dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Datuk Lihan Jok yang meninggal dunia hari ini pada usia 66 tahun merupakan tokoh yang telah banyak berjasa terutama kepada masyarakatnya.

Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata mendiang Lihan, daripada suku kaum Kayan dari Long Bedian, Baram, bukan sahaja ahli politik yang baik tetapi juga seorang pekerja sosial yang aktif dan berdedikasi.

“Jasanya amat besar terutama sebagai penggerak utama dalam menyatukan semua persatuan Orang Ulu di bawah Persekutuan Persatuan Orang Ulu Sarawak Malaysia (FORUM).

“Mengenali beliau sejak 2001 ketika beliau dipilih menganggotai Dewan Undangan Negeri Sarawak, saya akan sentiasa mengingati Lihan sebagai seorang yang dihormati, lemah lembut dan bersopan. Legasi mendiang akan terus dikenang dan pemergian beliau amat dirasai,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Lihan merupakan ADUN Telang Usan selama dua penggal iaitu dari 2001 hingga 2011 dan pernah dilantik sebagai sebagai senator pada 2011 sebelum menerima lantikan semula untuk penggal kedua pada 2014.

Terdahulu, ADUN Telang Usan Dennis Ngau dilaporkan mengesahkan pemergian Lihan dan berkata mendiang telah dimasukkan ke hospital sejak beberapa minggu lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan