Search
Close this search box.
Datuk Dr Annuar Rapaee bersama pemenang Kategori Sukan, Anugerah Khas Naib Canselor, Aida Suriana Abdul Razak pada Majlis Apresiasi Gemilang Mahasiswa Unimas di Kota Samarahan, malam tadi. Foto: TVS

Mahasiswa berfikiran terbuka mampu menilai kebaikan dan keburukan

KOTA SAMARAHAN, 16 Nov: Mahasiswa perlu sentiasa berfikiran terbuka dalam menerima atau menilai perkara-perkara yang berkaitan dengan mereka dan masyarakat sekeliling.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, mahasiswa tidak seharusnya hanya tertumpu dengan satu ideologi atau pegangan sahaja sehingga mengabaikan implikasi ideologi tersebut kepada komuniti di sekeliling mereka.

Katanya, keterbukaan itu akan membolehkan mahasiswa terlibat untuk menilai sesuatu perkara secara mendalam seterusnya menentukan sama ada ia memberikan impak baik atau sebaliknya.

“Ini penting supaya mereka (mahasiswa) dapat membuka minda mereka seterusnya tidak terkongkong dengan satu ideologi atau prinsip politik yang sempit yang akhirnya dapat menentukan hala tuju negera ini ke arah yang lebih cemerlang.

“Mahasiswa perlu sedar bahawa negara kita perlu terus bergerak ke hadapan kerana  banyak perkara yang berlaku semenjak ini telah merencatkan perjalanan atau kemajuan negara kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Apresiasi Gemilang Mahasiswa Unimas (MEGAH) 2023 di sini, pada malam Rabu.

Beliau berkata, pemimpin-pemimpin negara yang memegang tampuk pemerintahan negara ketika ini pasti akan berundur apabila tiba masanya dan akan digantikan dengan generasi pemimpin yang baharu dikalangan mahasiswa.

Namun begitu tegasnya, untuk memimpin negara, seseorang pemimpin itu harus sentiasa mempunyai minda yang terbuka dan bersedia menerima kritikan dan pandangan semua pihak.

“Kalau tidak akan terkongkong dengan suatu idea atau satu minda yang tidak terbuka yang seterusnya menyebabkan suatu keadaan yang tidak boleh terbuka dan berkembang dengan baik,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan