Search
Close this search box.
Seorang kanak-kanak lelaki 12 tahun melecur di seluruh badan akibat renjatan elektrik di sebuah bilik jana kuasa elektrik di Taman Sri Bayu, Bayan Lepas di sini hari ini. Foto: JBPM

Budak lelaki 12 tahun melecur kena renjatan elektrik semasa ambil bola

GEORGE TOWN, 16 Nov: Seorang kanak-kanak lelaki melecur di keseluruhan badan selepas terkena renjatan elektrik di dalam sebuah bilik jana kuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Taman Sri Bayu, Bayan Lepas di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, kejadian kira-kira pukul 4.50 petang itu berlaku ketika mangsa berusia 12 tahun sedang bermain bola.

“Mangsa telah memasuki rumah TNB itu untuk mengambil bola.

“Namun, dia terjatuh dan dipercayai terkena renjatan elektrik,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya yang tiba di lokasi kejadian mendapati mangsa dalam keadaan melecur di keseluruhan tubuh.

“Kejadian berlaku kerana dia telah tersentuh perkakasan elektrik di dalam bilik jana kuasa elektrik itu.

“Kanak-kanak tersebut telah dibawa (keluar) oleh pihak perubatan sebelum bomba tiba dan kemudiannya dikejarkan ke hospital,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan