Search
Close this search box.
Kakitangan di bahagian undang-undang SMG, Gertrude Goh Yueh Ling meninggal dunia petang tadi.

Warga Sarawak Media Group bersedih kehilangan rakan sekerja

ByNadhir Azfar

KUCHING, 15 Nov: Warga Sarawak Media Group (SMG) hari ini berduka setelah menerima berita kematian rakan sekerja, Gertrude Goh Yueh Ling.

Gertrude, 45, atau lebih mesra dengan panggilan GG yang merupakan setiausaha undang – undang di stesen televisyen ini meninggal dunia petang tadi di Borneo Medical Centre.

GG menyertai SMG pada 14 November 2022 dan hari ini genap ulang tahun pertama mendiang berkhidmat dengan SMG.

Sementara itu, kakitangan SMG berkongsi kesedihan mereka menerusi kumpulan WhatsApp rasmi dan mengimbau kenangan manis sepanjang bertugas bersama GG.

Zufiandie berkata, dia akan merindui GG yang gemar bergurau dan seorang yang disenangi ramai rakan sekerja.

Senior Eksekutif HR SMG, Mohd Hamirul Mat Noh berkata, mendiang akan dibawa ke St Joseph Parlour esok untuk upacara penghormatan terakhir. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan