Search
Close this search box.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Kesejahteraan Bersama 2023 di sini, hari ini. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Seramai 269,777 warga emas daftar Kenyalang Gold Card

BySalasiah Safian

KUCHING, 15 Nov: Seramai 269,777 orang warga emas sudah didaftarkan sebagai pemegang Kenyalang Gold Card (KGC) sehingga 31 Oktober 2023.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, menerusi KGC yang merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak, pemegang akan menikmati keistimewaan yang ditawarkan oleh 470 rakan strategik dan Health Benefits untuk B40 melalui KGC-Plus pada 2024.

Seramai 269,777 warga emas daftar Kenyalang Gold Card | TVS

Kata Fatimah, seramai 20,512 orang warga emas sedang menerima bantuan kebajikan sebanyak RM500 sebulan tanpa perlu dikaji semula.

“Sementara itu, seramai 48,662 Orang Kelainan Upaya (OKU) telah berdaftar di bawah tujuh kategori ketidakupayaan.

“Seramai 15,901 OKU pula menerima pelbagai bantuan kebajikan seperti Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) dengan kadar bantuan sebanyak RM300 dan tambahan sebanyak RM50 oleh Kerajaan Sarawak, Bantuan Penjagaan OKU/Pesakit Kronik Terlantar (BPT) dengan kadar RM500,dan Elaun Pekerja OKU (EPOKU) dengan kadar RM450,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Sambutan Hari Kesejahteraan Bersama Sarawak 2023, di sini hari ini.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam danTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Rosey Yunus.

Sementara itu, Fatimah memaklumkan, sebanyak 54 buah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) turut diwujudkan yang memberi manfaat kepada 1,912 orang pelatih .

“Bagi kanak-kanak pula, seramai 7,779 orang sedang menerima bantuan kebajikan kanak-kanak dengan kadar RM150 hingga RM1,000,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan