Search
Close this search box.
Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Masyarakat Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berucap semasa Majlis Perasmian Sambutan Hari Kesejahteraan Bersama 2023 di sini, hari ini. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Pusat Keperluan Khas Sarawak (SNCC) bakal siap pada 2026

BySalasiah Safian

KUCHING, 15 Nov: Pusat Keperluan Khas Sarawak (SNCC) dijangka siap pada 2026, kata Dato Sri Fatimah Abdullah.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sarawak berkata, SNCC yang menelan belanja RM50 juta itu merupakan salah satu Inisiatif Kerajaan Negeri (IKN).

Kata beliau, SNCC antara lain akan menyediakan perkhidmatan diagnosis, terapi, pendidikan, latihan vokasional, program bengkel dan kemudahan fasiliti yang komprehensif untuk komuniti berkeperluan khas di Sarawak,.

“Pusat ini terletak di Muara Tuang.

“Selain SNCC, kemudahan lain di bawah IKN ialah dua buah One Stop Early Intervention Centre (OSEIC), pemberian subsidi yuran pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Sambutan Hari Kesejahteraan Bersama Sarawak 2023, di sini hari ini.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam danTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Rosey Yunus

Sementara itu Fatimah berkata, IKN juga melibatkan penyediaan 3,032 buah Institusi Pendidikan Awal Kanak-Kanak (IPAKK), Endowment Fund Sarawak dan Bantuan Ibu Bersalin. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan