Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh.

Parlimen: Bekalan telur mencukupi, tidak wujud krisis bekalan

ByLuqman Muhammad

KUALA LUMPUR, 15 Nov: Krisis kekurangan bekalan telur ayam hanya berlaku apabila pengeluaran kurang dari keperluan seperti yang berlaku sepanjang Oktober 2022 hingga April 2023.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata, buat masa ini tidak wujud sebarang krisis bekalan dikesan.

Bekalan telur mencukupi, tidak wujud krisis bekalan | TVS

“Kadang-kadang orang kata ada masalah bekalan, tetapi sebenarnya bukan, misalnya apabila seorang pengguna datang ke pasar raya dan melihat rak-rak itu kosong dan belum sempat diisi oleh pekerja dan heboh satu dunia,” katanya menjawab soalan Ahli Palimen Dungun Wan Hassan Mohd Ramli di pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Ujarnya sekiranya wujud krisis bekalan makanan, perancangan dan strategi boleh dilaksanakan setelah jelas punca yang menyebabkan kekurangan bekalan sesuatu barang tersebut dikenal pasti.

Dalam pada itu Fuziah berkata isu kenaikan harga barangan, KPDN mempunyai kuasa termaktub di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP 2011), Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999.

“KPDN juga mempunyai formula bagi menentukan pencatutan di setiap rantaian bekalan.

“Punca kuasa ini juga membolehkan KPDN untuk mendapatkan harga di setiap peringkat rantaian bekalan termasuk kos pengangkutan dan pelbagai elemen kos termasuk kos penyewaan dan kos tenaga kerja,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan