Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah hadir sidang media penganjuran Sukan Perpaduan MYSED dan KBS 2023 di Bilik Mesyuarat Mulu Bangunan Baitulmakmur, Kuching hari ini.Foto,TVS.

MYSED dan KBS anjurkan Sukan Perpaduan di Sarawak

ByTVS

KUCHING, 15 Nov: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia dan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) bekerjasama menganjurkan Sukan Perpaduan bermula 18 hingga 19 November ini.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sukan itu yang kali pertama dianjurkan akan melibatkan ahli jawatankuasa kementerian.

“Pelbagai acara yang akan dipertandingkan termasuk golf, boling tenpin, badminton, bola jaring dan boling padang.

“Semua ahli jawatankuasa KBS akan berkunjung ke Sarawak untuk sertai acara dipertandingkan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Abdul Karim berkata, Sukan Perpaduan dianjurkan dengan objektif  untuk mewujudkan persefahaman dan menghormati masyarakat.

“Selain itu, kita juga mahu mengeratkan hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Sarawak. Ia juga mampu melahirkan masyarakat yang faham dan hormat budaya semua kaum,” katanya.

Pada hari penutup sukan itu, Abdul Karim berkata, acara akan dimeriahkan dengan sukan rakyat seperti bola sepak kain sarung tarik tali di Stadium Sarawak.

Majlis perasmian bakal disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di Emart Megalanes, Batu Kawah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan