Search
Close this search box.
Minyak Sekiu atau Skiu boleh dianggap sebagai minyak yang paling ‘rare’ di Malaysia. Foto Connie Grace (TVS).

Minyak Sekiu, produk istimewa di Sarawak, dianggap sebaris ‘olive oil’

ByConnie Grace

KUCHING, 15 Nov: Minyak Sekiu atau Skiu boleh dianggap sebagai minyak yang paling ‘rare’ di Malaysia.

Ini kerana minyak ini hanya boleh didapati di Sarawak yang terhasil menerusi bijian pokok yang hanya tumbuh di Mukah dan kawasan sekitarnya.

Bertambah ‘eksklusif’, harganya juga ‘premium’ kerana boleh mencecah hingga RM500 sebotol bagi saiz 500 mililiter (ml).

Penjual Minyak Sekiu, Che Materang Ishak berkata, harganya tinggi disebabkan oleh proses penghasilannya yang sangat rumit selain pengeluar berdepan kesukaran untuk memperoleh bahan asasnya.

Remaja dari Mukah kongsi ‘resepi’ hasilkan garam apong

“Pada masa kini, Pokok Sekiu hampir pupus. Selain itu faktor lain yang menjadikan minyak ini unik ialah kerana pengeluarannya dipelopori oleh orang Melanau,” katanya kepada TVS.

Usahawan berusia 54 tahun itu merupakan antara salah seorang peserta yang menyertai Expo Hasil Hutan Bukan Kayu (NTFP) anjuran Jabatan Hutan Sarawak, di Plaza Merdeka, di sini yang bermula 11 hingga 19 November ini.

Jualan kraf tangan mampu cecah RM1,000 sehari

Sementara itu, Che Materang menambah, minyak yang juga dikenali sebagai The Olive Oil of Sarawak ini juga mengandungi beberapa khasiat seperti vitamin E dan oleic acid yang baik untuk kesihatan.

Wanita ini menambah, minyak ini juga sesuai dijadikan sebagai pembuka selera.

Perusahaan kraf tangan jana pendapatan wanita Kenyah

“Minyak Sekiu digaul dengan nasi panas atau dimakan bersama biji sagu, malah ada yang menggunakannya untuk membungkus pelbagai kuih muih tradisional khususnya penyaram.

“Malah ada yang menggunakannya sebagai bahan perapan untuk membuat pai ikan dengan daun nipah sebelum dibakar,” jelasnya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan