Search
Close this search box.
Menteri Pertahanan, Dato Seri Mohamad Hasan ketika menyuarakan pendirian untuk menggesa gencatan senjata segera terhadap perang di Semenanjung Gaza di hadapan rakan sejawatannya di rantau ASEAN pada mesyuarat ADMM ke-17. Foto: David Andreas (TVS)

Malaysia suarakan pendirian tegas mengenai konflik di Semenanjung Gaza di ADMM ke-17

JAKARTA, 15 Nov: Malaysia sekali lagi menyuarakan pendirian untuk menggesa gencatan senjata segera terhadap perang di Semenanjung Gaza.

Demikian tegas Menteri Pertahanan, Dato Seri Mohamad Hasan ketika menyampaikan ucapan di hadapan rakan sejawatannya di rantau ASEAN.

Mohamad yang mengetuai delegasi Malaysia menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-17 menyatakan pendiriannya bersama Indonesia untuk menyokong penuh kemerdekaan Palestin.

Menurutnya, pada masa genting ini, kehilangan nyawa, penderitaan dan kemusnahan yang lebih lanjut mesti dihentikan dan pihak-pihak perlu mengawal sepenuhnya dan meminimumkan keburukan.

“Malaysia mengulangi gesaan tegasnya untuk gencatan senjata segera, pembukaan akses kemanusiaan tanpa halangan, dan Malaysia menegaskan pendirian berprinsip bahawa rakyat Palestin berhak mendapat negara mereka sendiri yang merdeka dan berdaulat,” katanya.

Beliau juga mengutuk sekeras-kerasnya pengeboman orang awam, rumah dan hospital serta pembunuhan yang terus berlaku di sana.

Delegasi dijangka menghadiri mesyuarat ADMM Plus ke-10 bersama sembilan menteri pertahanan negara yang lain manakala mesyuarat dua hala turut diadakan dalam mesyuarat dua hari itu sehingga esok. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan