Search
Close this search box.
Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Kesejahteraan Bersama 2023 di sini, hari ini. Foto, Faitullah Morni (TVS).

KPWK Sarawak pikul tanggungjawab besar – Mohamad Asfia

BySalasiah Safian

KUCHING, 15 Nov: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sarawak memikul tanggungjawab yang besar berikutan skop tugasnya.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, ini kerana KPWK berurusan dengan golongan wanita, kanak-kanak, Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas.

Katanya perkara ini menyaksikan wujud cabaran tertentu yang perlu dipikul dan seterusnya memerlukan kepimpinan yang luar biasa.

“Kenapa namanya begitu panjang?

“(Ini kerana) tanggungjawab kementerian ini (berat kerana) menjaga seseorang (bermula dari) dilahirkan sampai ke liang lahad,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Kesejahteraan Bersama Sarawak (HKB Sarawak) 2023, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri KPWM, Dato Sri Fatimah Abdullah.

HKB Sarawak 2023 menekankan keterangkuman dan kesepaduan intergenerasi bagi kesejahteraan komuniti.

Ia bertujuan untuk memupuk kesepaduan dalam kalangan komuniti di Sarawak agar keharmonian sosial akan terus kukuh serta menjalinkan kerjasama bagi menangani cabaran sosial.

Program ini dianjurkan oleh KPWK dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak dan Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak.

Seramai 350 orang peserta termasuk kanak-kanak, warga pendidik, pengasuh, warga emas, ibu bapa dan OKU hadir pada program ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan