Search
Close this search box.
Beras dihasilkan di Sarawak kini memasuki pasaran Singapura dan Semenanjung Malaysia. Foto TVS.

Beras dari pelbagai daerah di Sarawak dieksport ke Singapura

KUCHING, 15 Nov: Lapan jenis beras berbeza dari pelbagai daerah di Sarawak bakal dieksport ke Singapura oleh syarikat tempatan, Antaras Venture Sendirian Berhad.

Pengarah urusannya, Brendan Kon berkata, pihaknya mula mengeksport beras pada 2021 namun dalam kuantiti yang kecil.

Katanya, setelah bekerjasama dengan Farley yang mempunyai pasaran di Singapura, mereka menerima tempahan sehingga lapan tan yang juga merupakan tempahan terbesar setakat ini.

Ikan tilapia Batang Ai dieksport ke Singapura dengan bantuan STATOS

“(Namun) syarikat kami juga berharap agar ada lagi syarikat yang membuat tempahan yang lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa majlis pertukaran Memorandum Perjanjian (MoA) antara WWF Malaysia dengan syarikat itu di sini hari ini.

Sementara itu, Brendan berkata, pengeksportan beras tersebut bertujuan untuk memelihara kepelbagaian beras tradisional Sarawak sekali gus memajukan sektor penanaman padi.

pihaknya juga menerima tempahan untuk pasaran tempatan secara konsisten sebanyak satu kontena setiap bulan ke Semenanjung Malaysia.

“Jaya Grocer yang mempunyai lebih 30 cawangan di Semenanjung Malaysia menjual beras Sarawak.

“Kami menerima tempahan daripada mereka secara konsisten sebanyak satu kontena pada setiap bulan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan